Blogger Widgets

Thursday, April 16, 2009

~hilangnya tiada ganti~

di kala sdg mnanti waktu berbuka nih~tetibe aku teringt satu kisah yg amat pahit dalm hidup aku~paling pahit sepanjg 20 thun aku bernafas dengn udara yang dikurnia Allah ini~setiap kli aku teringat kish ini~air mata mula bergenang~namun air mata ini tiada bererti lagik~yang bererti kini adalah doa yang dkirim tanpa henti yang tulus dari nurani seorang hamba~

13 disember 2008~tarikh yang cukup hitam dalam ingatanku~kini genaplah 4 bulan 3 hari peristiwa sedih itu berlaku~tapi masih menimbulkan kesan pedih dan duka dalam driku..aku tau kesan ini lebih mendalam dalm dri seorang insan yang cukup aku sayangi iaitu ibunda terchinta~

aku dilahirkan tanggal 23 jan 89 dan kini usiaku sudah mencecah 20 thun..sepanjg 20 thun nih terlalu byk memori bersama dia yang pastinya tidak akan aku lupakan selagi nyawa dikandung badan~aku lahir tanpa pernah merasai kasih seorang datuk yang selalu aku dambakan tika aku msih blom mengenal erti kehidupan kerana aku telah kehilngn kedua mereka semnjak aku lahir lagi~tapi kasih sayang nenek yang umpama yang tidak berbelah bahagi mengenepikan kekurangn itu..

sejarah kelahiran aku juga mengaitakn dri ku dengnnya..saat ibuku yang bersusah pyah melahirkan aku~saat ibu ku bertarung nyawa melhirkan aku~saat ibu ku ditolak ke dalam dewan bedah kerana aku tidak dapat dilahirkan secara normal~dia tidak henti2 berdoa..berdoa dan trus berdoa kpda Allah supaya kelahiran aku dipermudahkan~dan berkat doa seorang ibu untuk anknya..dan dengn izin Allah jua..sebelom smpi ke dewan bedah..aku selmt dilahirkn secara normal..itulah kuasa Allah dan berkat doa seoarang ibu yang sentiasa inginkan kesejahteraan bagi anak-anaknya.dia jugalah yg telah hilang kini dari pandgn kami untuk selamanya iaitu arwah nenekku yang ak panggil'makwan'(menahn air mata)...

kini..tiada lagi ungkapan 'makwan' yang selalu sahaja memberi penawar jiwa bagi kami sekeluarga..yang sentiasa mengingatkan kami tentang kebesaran Allah..tiada lagi dapat kudengari kish2 nabi yang diceritakannya usai waktu makan bersama~tiada lagi doa2 pengubat jiwa yang selalu diajarkanya kepada kami~tiada lagi senyuman penuh kesyukurannya di saat cucu2nya menempa kejayaan dalam lapangan pelajaran masing2~tiada lagi air penerang hati yang selalu dibuatnya bagi membantu cucu2nya..di saat orang lain menjahit baju lena..dia bgun bertahjjud kepda-Nya~tiada lagi kata2 semngat daripadanya yang dikirim sbelum cucu2nya pulang ke medan perjuangan(sekolah @ kolej)msing2~tiada lagi kucupan penuh sayg darinya di pagi hari raya sebelum dia menunaikan solat sunat hari raya~tidak sanggup lagi menulis ungkapan 'tiada lagi'..tapi itulah hakikatnya~

2 minggu sblum pemergiannya..kami berkampung di hospital..ibu dan adik beradik yg lain sentiasa berada di hospital sepanjg waktu itu~kata2 dari doktor yg merawat sering kali membuatkan kami lemah dan menitiskan air mata~raya korban juga kami smbut bersama di hospital~itulah kali pertama kami beraya di hospital dan pastinya hari raya itu diselubungi suasana hambar dan dihiasi wajah2 murung~aku amt mengagumi ibuku yang tanpa pernh jemu mencurahkn ksihnya kepada ibunda terchinte walaupn dia juga hampir setiap hari diserang demam dan selesema namun digagahkn juga dri demi ibu terchinte..setelah smggu di hsopital..mkwan dibawa pulang ke rumh kami~ibu dan adik berdiknya yang lain lah yang saban hari menjaganya~begitu juga aku dan sepupu yang lain~

alunan yassin sentiasa diperdengarkan kepadanya..kami bergilir gilir membaca Yassin kerana itu shajalah yang mampu kami beri saat itu~
2 hari sblum pemergian-Nya..aku menyuapkn nasi untuknya..waktu itu aku lihat lehernya berpeluh dan aku sendiri mengelapnya~tidak terlintas di fikiranku saat itu bahawa itu adalah slh stu tanda dia akn meningglkn kami slamnya..makwan kini tidak mengungkap sepatah pon kata~

malam terakhir..aku membacakn Yassin dan doa sakaratul maut yang disuruh ibu dan pastinya bacaan itu diiringi dengn linangan air mata yg tak dapat ditahan lagi~ibu pula duduk di sblh makwan dengan penuh ketengn walau aku tau..hanya tuhan sajalah yg tahu betapa pedih dan sayu hatinya~aku jua tidk menyangka bahawa itulah malam terakhir kami melihat wajh makwan yg sentiasa tenng dan seskali tidk pernh menitiskn air mata semenjak dia tidk shat meski insan di sekelilingnya hampir menitiskan air mata setiap hari di belakngnya~kekuatan jiwa dan ketabhan menempuh ujian yang dikurnia Allah kepdanya menjadi inspirasi bagi kami~

13/12/08..lebyh kurg jam 12 tehgahari..akhirnya makwan pergi meningglkn kami buat selmanya dengn meningglkn seribu memori indah bagi kami..kerana aku dan sepupu yang lain membesar di rumahnya yg sguh meriah di saat hari raya tiba..namun kini.rumh itu kosong dan tidak berpenghuni lagi~saat mengucup dahi nya buat kali terakhir...tidak dapat rasenya menahn deraian air mata namun tetap dipertahan jua~suasana rumh ku tika itu bagai kan sedng ditutupi dengan bekas gelap yang tiada sinr cahya..aku juga tidk mampu lagi melihat tangis ibu yang cuba ditahnnya kerana ratapan di saat kehilangn adalah dilarang sama sekali dalam Islam..

di saat kami meningglkn kubur arwah~deraian air mata mengiringi perjalanan~ibu ku cuba menenangkn satu-satunya adik perempuannya yang tidak dapat mnhan air matanya lagi~sesampai di rumah~waktu maghrib menjengah~kami semua menghadiahkan yassin dan solat sunt hadiah kepada arwah yang juga merupakan salah satu permintaanya sekiranya dia meningglkn kami..

semenjak itu, tiada lagi sinar gembira dan ceria di wajah ibu..dan hari2 yang dilalui bagaikan ader kekurangan~aku membantu ibu mngemas bilik dan baju2 yang ditinggalkan arwah~saat itu...ibu tidak dapat lagi menahan sebak dan air matanya berlingan dengn deras sekali..saat itu juga aku cuba menhan air mata supaya tidak menambh kesedihan ibu namun aku juga tidak sekuat itu apabila melihat tangisannya~kehilangan makwan memberikan impak yang cukup besar bagi kami semua~
dan itulah perkara yang paling pahit yang telah ditakdirkan bagiku~kehilangan seorng nenek yang cukup menyayangi cucu2nya..dan pasti hilangnya tiada ganti~

namun aku bersyukur, kini ibuku mula melakar kuntum2 senyuman walaupon jauh di sudut hatinya betapa rindu akan arwah makwan~semoga hari2 seterusnya dapat kami jalani dengan penuh tabah dan sabar kerana segalanya adalah qada' dan qadar Allah dan kami redha menerima-Nya..

semoga rohnya dicucuri rahmat dan diterima segala amalan kebaikannya~Al-Fatihah~

No comments:

Post a Comment