Blogger Widgets

Friday, March 22, 2013

bertemu dan berpisah keranaNya

Assalamualaikum pembuka bicara...
bertemu lagi *tetibe rajen plak update* =)

meski jauh beribu batu,
tertebar di pelusuk bumi,
kami masih bernafas di bumi yang sama,
berpijak di bumi yang sama,
menghirup udara yang sama,
cuma mata tidak dapat bertentang,
berpisah kami di alam nyata,
moga bertemu di taman syurga^^

Allahuakbar,
betapa besar rahmat Allah kerana menemukan kami,
mempertaut hati kami,
sehingga kami merasakan indahnya ukhuwah kerana Allah
Dia melengkapkan kami dengan adanya pergantungan antara satu sama lain,
susah senang bersama,
suka duka bersama,
tangis tawa bersama,
pertautan hati kami ini melengkapkan hidup kami,
mencorakkan hidup kami,
menjadikan kami insan kerdil dan lemah agar bertambah tabah dan sabar dalam segala mehnah & tribulasi kehidupan.

kini,
kami menjalani kehidupan masing-masing.
di samping insan2 kesayangan,
hanya doa mengiringi ukhuwah yang terbina,
moga berkekalan selamanya,
hingga syurga,
moga hati kita sentiasa bertaut dalam rahmatNya,
meski jasad terpisah jauh,
hati-hati kita akan selalu dekat,
in shaa Allah

 sayang kalian kerana Allah^^






yang selalu rindu,


 


Thursday, March 21, 2013

Allah Maha Besar-mencari hikmah

Assalamualaikum...
lama sudah tdk mencoret d laman usang ini.

hampir 4 purnama sudah aku dan rakan2(yg belum interim) mengusahakan tanaman anggur kami di rumah.inilah cuti terpanjang yang pernah aku lalui dalam tempoh 24 tahun bernafas di bumiNya ini.Allahuakbar.penantian sememangnya suatu penyeksaan 

tapi...

aku yakin penantian kami ini akan berbuah kemanisan in shaa Allah kerana ak yakin sepenuh hati setiap yang berlaku ada hikmahnya.Hikmah yang paling jelas adalah penantian ini mendidik jiwa kami supaya sentiasa sabar dan redha dalam setiap ketentuanNya.Penantian yang tidak tahu bila akan berkesudahan ini juga merupakan suatu ujian dariNya.Hidup ini sendiri merupakan sebuah ujian.jadi sesiapa yang berjaya menghadapi setiap ujian ini akan dibalas dengan kebaikan di sisiNya in shaa Allah.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah: 214)

then,yes it is.aku yakin itu!

tidak dapat dinafikan acapkali jiwa dan hati terbungkan dan dibaluti kegusaran dan keluhan demi keluhan,namun pantas aku mencari ubat bagi merawatnya dengan mendekatkan diri dengan pencipta yang Maha Besar.ada hikmah penantian ini*pesan pada diri*.dalam penantian ini juga,aku penuhi hariku dengan mendalami makna hidup dengan berusaha mencari keredhaaNya dalam setiap perlakuan.rancangan yang menjadi makanan rohani dijadikan santapan saban hari.Alhamdulillh dan segala puji bagi Allah kerana aku dikurniakan ayahnda dan bonda yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta sentiasa menghiasi rumah kami dengan alunan zikrullah dan sentiasa mengalukan berkumandangnya pelbagai pengisian agama yang boleh ditonton di kaca TV.syukur padaMu.

masa yang terluang ini juga aku penuhi dengan mempelajari seni penting bagi seorang wanita iaitu seni memasak.ku akui bahawa aku bukanlah tukang masak yang hebat kerana hidupku di asrama sejak umur 13 tahun sehinggalah 23 tahun menyukarkan aku untuk mempelajari pelbagai resipi dari ibuku.Allahuakbar,dialah tukang masak terhebat di hatiku.sikapnya yang rajin memasak diharapkan dapat aku warisi.ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan^^ but harap2nasi tersebut bersedialah untuk ditumpahkan dengan kuah *ok,merepek,ayat belit2* =D semoga segala resipi yang dipelajari ini dapat dipraktikkan terutamanya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai isteri suatu hari nanti in shaa Allah.

last but not least,i'm so happy sebb dikhabarkan dengan berita gembira dr kwan2 yg sudh berumahtangga.alhmdulillh 4 dari 7 rakan2 ku yng sudh mendirikan baitul muslim kini bakal menimang cahaya mata.Alhmdulillah dan Allahuakbar.besarnya rahmat tuhan=)rakan-rakan yang sama2 dalam susah senang dalam tempoh 5 thun stgh pengajianku di IPG KPM kini bakal bergelar ibu.tumpang bahagia untuk mereka.enjoy ur pregnancy gurls=)moga kalian dikurniakan zuriat soleh/solehah dan menjadi pewaris akhlak nabi in shaa Allah.

dan akhir kata,teruskan bersabar dan berdoa dalam menghadapi ujian ini.in shaa Allah,yakinlah bahwa doa itu usaha dan usaha inilah yang termampu aku lakukan buat masa ini.berdoa dengan penuh keyakinan kepadanya bahawa doa kita akan dikabulkan olehNya kerana Dialah Tuhan Yang Maha permurah lagi Maha Mengasihani.gunakan masa yang terluang ini untuk membahagiakan insan2 di sekeliling kita terutamanya ayahnda dan bonda.moga Allah mengurniakan kita umur yang bermanfaat.usahlah tertanya tanya,bila bahagia akan menyinari.yakinlah bahawa bahagia akan datang bersama syukur.moga Allah percepatkann urusan penempatan aku dan rakan-rakan serta dipermudahkan segala urusan kami.amin~

pesanan pada diriku sendiri:jika diuji dengan kesenangan,bersyukurlah,jika diuji dengan kesusahan,bersabarlah.SYUKUR dan SABAR lah wahai hati~