Blogger Widgets

Friday, January 20, 2012

~bahagian kita belum tentu~

Ya Allah,betapa hancur dan hiba hati ini pabila mendengar khabaran itu
seperti mahu menangis namun air mata diseka supaya tidak terlihat oleh yg lain
sesungguhnya kehilangan sebahagian daripada kehidupan terasa amat pedih
stelah bertahun-tahun bersama hadapi suka dan duka,gelak tawa,rajuk dan tangis
semuanya ligat berputar di kotak memori
sesungguhnya dia telah menjadi sebahagian daripada saya
masakan air mata dapat ditahan apabila kehilangannya
segunung perasaan hiba dipersembahkan pada-Nya saat di tikar sejadah
mengalir air mata saat tangan ditadah memohon agar dipermudah segala urusannya
air mata tidak dapat ditahan lagi
sesungguhnya Dia lah yg selayaknya mnjdi tempt mengadu segala kersahan dalam jiwa
ya Allah sesunGguhnya tabhkanlah hati kami dlm menempuh segala ujianMu
sesungguhnya bahagian dia begitu,bahagian saya bagaimana pula nt agaknya
semua tersimpan rapi sbg rahsia Illahi yang bergelar takdir
hanya mampu berdoa dan berusaha agar ditunjuki jalan yg lurus
kerana Dia adalah perancang hidup saya secara mutlak
dan tidak mungkin saya ingin menentukan nasib hidup sendiri walau kadar sekelip mata

apa pun yang terjadi kini dan akan datang serta masa lampau
saya akan tetap menyayanginya kerana saat mata kita bertemu buat pertama kalinya
ukhuwah terjalin selamanya
sekali sahabat selamanya sahabat
saya sayg kamu sahabat T_T
jaga diri selalu
-tears keep falling-
-endure-




Friday, January 6, 2012

high expectation~trust HIM~

di sebalik senyuman,tersimpan sejuta rahsia yg hanya Dia ketahui
berdoa agar segalanya dipermudahkan
walaupun segunung harapan diberikan
rasa tak mampu menampung segunung harapan
namun saya ada DIA,saya ada mereka yg saya cinta sepenuh hati
yang membuatkan saya kuat berdiri
meski jatuh berulang kali
bangun kembali kerana jatuh sekali tidak bererti selamanya jatuh
hanya DIA tempat mengadu
yakin bahawa DIA lah yang menentu segala
kerana hanya DIA tahu segala yang terbuku di lubuk hati
kerana perancangan manusia tidak sehebat perancanganNYA
saya yakin itu

moga segala ujian yang bakal tiba menjadikan saya mukmin sejati
moga tidak datang putus asa
kerana jangan sesekali putus asa dengan rahmatNYA
moga saya diberi kekuatan dalam menjalani kehidupan penuh onak duri
moga saya tabah dan redha dalam setiap yang terjadi

ujian Allah bukan datang dalam bentuk kesusahan semata
namun kesenangan dan pujian manusia juga adalah UJIAN
yang bisa melalaikan manusia
hanya mampu berdoa moga Allah menjauhkan sifat riak,ujub dan takbur
kerana segala kelebihan dan kekurangan datang dari DIA
maka bersyukur dengan setiap kelebihan dan kekurangan
manusia hanyalah hambaNYA yang lemah
sesungguhnya DIA lah sebenar-benar tempat bergantung






moga dipermudah segala urusan dunia dan akhirat



-shahirah-