Blogger Widgets

Friday, March 25, 2011

betapa payah




siapa sangka begini payah menelusuri jalan-jalan ini...hanya Allah yg tahu apa yg terkandung dalam hati...menangis sendiri di hamparan sambil menadah tangan...moga Allah memberi kekuatan pada diri untuk menggalas tanggungjawab berat ini..tugas mendidik sememangnya bukan mudah..sedih hati bila apa yang diajar tidak sampai ke hati dan minda anak-anak kecil itu..mungkin teknik tidak sesuai namun muhasabah diri..mencari di mana silapnya...moga dapat diperbaiki..moga sentiasa sabar dan tabah melayani karenah mereka yang pelbagai...sentiasa bersikap positif bahawa setiap tindakan mereka pasti ada 'kenapa' dan 'mengapa'.
sebulan ini pastinya memberi pengalaman sangat berharga tak dapat dibeli di mana-mana...

doa teacher untuk kamu semua anak didikku...
moga Allah bukakn pintu hati kamu semua..dilapngkan dada, dipermudah untuk menerima segala ilmu yang diajrkan,dikurniakan kefahaman para nabi, diberi keterangan hati, dikurniakan nur taufik hidayah dr Allah dan moga kamu dpt mnjdi insan yg dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara kelak.hanya mampu berusaha mendidik kamu semua sebaik mungkin..insyaAllah.moga segalanya dipermudah bagi kita.sayang kamu semua(membayangkan wajah-wajah kudus 28 orang 4 Melur)

faith, trust and believe...yakin dengan janjinya=)senyum mengubat hati sendiri

Friday, March 18, 2011

kata yang tak mampu mengungguli perasaan


assalamualaikum pembuka bicara

sememangnya kata-kata tidak dapat menggambarkan perasaan kini kerana perasaan yang bercampur baur sudah tidak dapat lagi diungkapkan dengan kata-kata..

berfikir..mengapa wujudnya perasaan ini???satu jawapan yang pasti adalah terasa diri belum bersedia menghadapi semua itu..terasa diri belum cukup ilmu di dada...

namun..walau apa jua yang dirasa saat itu pasti akan tiba..segala onak dan duri bakal dilalui sebagai seorang murabbi...mujur ada dia di sisi..memberi serba sedikit kekuatan tika menghadapi hari2 itu..syahidah idris...moga kita sama2 berjaya menempuh segla ranjau mendatang dengan jayanya.moga dipermudahkan segala olehNya.

buat rakan-rakan PISMP MATHS JAN 09 yang menjadi penawar sendu bagiku di IPG KPM..selamat berpraktikum buat semua.moga segalnya dapat dilalui dengan tenang.ikhlaskan hati mendidik anak bangsa dan jgn hanya berharap kecemerlangn bagi diri untuk praktikum kali ini..tapi ingtlh tnggungjawab besar yang terselindung di sebalik semua ini...ikhlaskan hati.insyaAllah serahkan semua padaNya..berusaha sehabis baik...hayati betapa hebatnya tawakal padaNya

buat rakan-rakan yang berada di luar nanti~bertemu kita sebulan dari sekarang..huhuh..pastinya merindui gelak tawa kalian di AJ-2-20...moga kalian dilindungiNya selalu..ingt..dont talk to strangers out there~plis be happy for what we get n have...we are there for each other.=)

senyum selalu kerana senyum itu sedekah=)
moga berjaya buat semua=)

SALAM SAYANG