Blogger Widgets

Friday, April 9, 2010

~selami hati~

kita sering berkata pada diri kita..apakh sumbngn org lain pada kita..tapi pernh tak kite tanya pada dri kita apa yang telh kite sumbngkn untuk orang lain?jangan mudah menunding jari pada orang lain kerana satu jari ditunding..4 jari lagi menunding diri sendiri..belajarlah menghargai dan bertanggungjawab pada amanah yang diberi..jangan mudah bicara tanpa dapat dilaksana kerana Allah amatlah benci kepada hamba-Nya yang tidak mengerjakan apa yang dikatakannya.
"sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidk kamu kerjakan"(As-Saff:ayat 3)
fikirlah sebelum lidah melontar kata-kata kerana kata-kata ibarat pedang yang tajamnya boleh merobek hati sesiapa jua..berkata lah dengan penuh hikmah kerna ianya tidak bisa ditarik balik setlah diungkapkan..sumbanglah apa yang termampu bagi kita kerana tangan yang memberi lebih baik dr tgn yg menerima..hiduplah dengan bersyukur agar dunia akhirat diberkati Allah~

~selamilah hati masing-masing..jangan mudh menyalahkan takdir..didiklah hati dengn sifat redha kerana sebaik-baik perncang adalah DIA yang Maha Mengetahui segalanya..jangan biarkan diri kita hanyut dalam angan-angan yang tak berkesudahan..kerana rosaklah hati andai angan-angan sentiasa menguasai kotak fikiran~jangan biarkan cinta dunia mengatasi cinta kepada Maha Pencipta kerana apabila duniawi menjadi matlamat utama..ukhrawi diabai dan ditinggal..namun apabila akhirat menjadi matlamat..dunia akan dtg kepada kita..bykkanlah beramal kepada-Nya dan berdoalah agar amal kita yang sedikit ini diberi ganjaran berganda oleh-Nya..peliharalah hati kita dari noda agar hati tak menjadi gelap..agar hati sentiasa diberi hidayah..agar hati menjadi taat kepada Penciptanya..rawatlah hati kita dengan mengingati-Nya..sentiasa mengalunkan ayatNya..berzikir memujiNya..sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini...mati adalah pengakhirannya.."dan setiap umat mempunyai ajal.apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun"(surah Al-A'raf:ayat 34)..maka tiada satu pun harta dunia yang akan dibawa ke sana melainkan doa anak yang soleh,amal kebajikan yang dilakukan sewaktu hidupnya serta ilmu yang bermanfaat..sesungguhnya orang yg paling bijak adalah orang yg sentiasa mengingati mati...
peliharalah hati selagi ia tidak mati..sesungguhnya SYURGA ITU INDAH~
P/s:ingatan untk diri dan rakan2

Saturday, April 3, 2010

~bahagia adanya mereka~

assalamualaikum...
dah lama rasanya tak mencoret sesuatu di sni~keadaan masa yang agak terhad untk berblog menyebabkn blog ini bersawang seketika..kali ini saya hanya ingin menceritakan serba sedikit kisah saya di IPG KPM yang hampir 3 thun menjadi tempat saya dan rakan menimba ilmu..setiap saat dan ketika ada sahaja aktiviti yang saya lakukan di sini..baru-baru ini kami berjaya menganjurkan satu bengkel matematik yang diadakan di SK Alai melaka..sesungguhnya saya belajar byk perkara melalui bengkel yang kami adakan ini..dan alhamdulillh saya dapat rasakan yang bengkel ini memberi kesan yang mendalam kepada jiwa2 muda di sekolah itu yang dahagakan ilmu..
tapi yang saya kian rasakan ini bukn sahaja rasa gembira dapat berbakti kepada anak bangsa..tapi kebahagian bertemu insan-insan yang saya sayangi di sini..dari hari ke hari ukhuwah kami makin bersulam ceria dan bahagia bersama..rasanya..hidup saya kini lengkap dengan kehadiran mereka(penat nak senaraikn 27 org itu yg membahagiakn saya d sni)..terima kasih kamu semua=)...mereka nih lah yang sentiasa bersama saya tatkala sedih, kecewa, putus asa...memberi semngt baru pada saya demi mengharungi perjuangan d sni~walau pelbagai ragam setiap satunya..namun itulah yang menjadikan kami lengkap..saya berharap tautan ukhuwah ini terus disulami dengan indah dan semoga hati-hati kami diikat atas nama-Mu Ya Allah~dan semoga ukhuwah ini tidak akan terputus sehinggalah nyawa bercerai dari jasad...infinity sayang buat kamu semua~~:)

~bahagia bersama~