Blogger Widgets

Saturday, April 25, 2009

~menyelami lautan manusia~

25 april 2009..
tept jam 12 tghari..aku n rakn2 smpi ke PWTC untk bersama-sama lmas dalm lautan mnusia yang pasti punye hasrt dan tujuan berbeza datg ke situ..dtg dgn berpakaian seragam bju batik IPPM yang gah bersinar tatkala hari khamis tiba di IPPM..kami dilihat sperti plajar skolh~ish2~ingin skali aku mnjerit untk mnyatakan bhawa kami aderlah plajar institut perguruan yg berumur rata2 20-an~hehe dan bukn lagik plajar skolah bahkan kami lah yg akan mendidik mereka kelak..i'A~mungkin wajah kami nmpk terlalu awet muda~hehe
trus melangkah ke dalam tanpa menghiraukan mata yg memandang..kami membawa haluan masing2~aku dan seorg rakanku bergegas mencari buku yang diingini~aku ingin sekali memiliki sebuah buku motivasi pengubat hati kala keresahan dan kealpaan~akhirnye berjumpalah sebuah buku La Tahzan~terpandang pada buku itu buat kali pertama seperti telah jatuh cinta pandang pertama~aku cuba mengalih perhatian sendiri kepada buku2 lain~tapi apakan daya~hati sudah terpaut dek karangn Dr. Aidh Abdullah Al-qarni itu~tanpa ragu2 lagik~aku menjadikannya milikku~

kemudian..aku trus berjalan menongkah arus yang terdiri daripada manusia2 yang bermacam ragam dan gaya~ada yg sekadar brjalan2 tanpa arah tujuan yg hanya menyesakkan lagi keadaann.ader yg sungguh tekun memilih buku2 yg diinginkn hingga tak sedar ader orang lain di sekitarnya~dia hanyut dalam dunianya~namun aku~msih mncari buku yg bakal mnjadi milikku seterusnya..ye~akhirnya hati jatuh lagi pada buku pedagogi maths karangn noraini idris~byk sungguh hati aku untk dijatuhkan hari ini~huhu..

jam hampir mnunjukkn pkul 1.00 pagi..mata aku kini terlalu berat lagi untk mnulis bait2 kata yg terkupul rapi dalam hati~tak mampu lagik~
bersambung esok~

episod 2:(^_^)

aku berjalan lagi meredah lautan manusia..mencari kelibat buku yang mampu menarik minatku~kesesakan kadangkala membuatkan aku rase bagai nak pitam~terlalu serabot keadaan itu~dengan alunan bunyi dr pentas utama yang terlalu kuat sehingga mengganggu konsentrasi pencinta-pencinta ilmu lain yang berpusu-pusu mencari apa yg diinginkn..

melihat gelagat manusia kadangkala membuat aku ketawa kecil..tapi itulah hakikat dunia ini~tiada yang sma kerana semua berbeza~kaki aku melangkah lagi..melangkah dengan sandal flat yang baru dibeli di dataran pahlwan hari tuh..hehe..membuatkan aku seperti berjalan di atas rumput lembut yang menyegarkan..hoho~high heel yg dibeli dulu kini sepi tanpa layanan tuannya yang kini lebih menyayangi tulang belakangnye..hehehe..maafkn daku kasut~

arakian, setelah penat berjalan..kami cuba mncari pintu keluar utama..tetapi kehilngn arah~haha..tersesat seketika~dan setelah hampir 20 minit..kami menemukan jalan itu setelah bertny kepada yang lebih arif mengenainya..hehe..
usai semuanya berkumpul semula..kami menaiki bus mktab semula untk pulang kembali ke tempat perjuangan kami..lebeyh krng jam 7 petng..kami smpi ke dstinasi..alhmdulillh~

Thursday, April 23, 2009

~syukur~

alhamdulillh..syukurku kepda Allah atas segala kurnian-Nya~(^_^)




damainye hati~

Tuesday, April 21, 2009

~sad~

hari nih aderla hari yg ceria pada mulanya..tapi satu kjadian telh berlaku membuatkn aku hilang mood gembira tuh~huhu

ucapan ribuan terima ksih juga ditujukan kepda sahabt2 yg sntiasa mnyokong n sanggup bersush payah bantu aku di saat memrlukan~terharu sgt~tq2~

terpandang title post nih..tetibe teringat lagu yg madam mastura mainkan~sad movie~huhu

Monday, April 20, 2009

~menaruh harapan~

penat~itulah ungkapan yang sering terluah sepanjang menyusuri hari2 di IPGM KPM nih~
3 tahun lebeyh lagik aku di sini untk menimba ilmu sebanyak mungkin demi menjadi murabbiah sejati~

menaruh harapan~ye itulah yg aku bawa skrg..harapan rakan2 biro dakwah untk berkunjung ke IPG di utara..i'A..kami akan menyiapkn paper work secepat mungkin..doakn segala yg dirancang menjadi kenytaan..i'A

out~

Saturday, April 18, 2009

~sahabat sejati~

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

*nice song~sahabat sejati(UNIC)

Thursday, April 16, 2009

~hilangnya tiada ganti~

di kala sdg mnanti waktu berbuka nih~tetibe aku teringt satu kisah yg amat pahit dalm hidup aku~paling pahit sepanjg 20 thun aku bernafas dengn udara yang dikurnia Allah ini~setiap kli aku teringat kish ini~air mata mula bergenang~namun air mata ini tiada bererti lagik~yang bererti kini adalah doa yang dkirim tanpa henti yang tulus dari nurani seorang hamba~

13 disember 2008~tarikh yang cukup hitam dalam ingatanku~kini genaplah 4 bulan 3 hari peristiwa sedih itu berlaku~tapi masih menimbulkan kesan pedih dan duka dalam driku..aku tau kesan ini lebih mendalam dalm dri seorang insan yang cukup aku sayangi iaitu ibunda terchinta~

aku dilahirkan tanggal 23 jan 89 dan kini usiaku sudah mencecah 20 thun..sepanjg 20 thun nih terlalu byk memori bersama dia yang pastinya tidak akan aku lupakan selagi nyawa dikandung badan~aku lahir tanpa pernah merasai kasih seorang datuk yang selalu aku dambakan tika aku msih blom mengenal erti kehidupan kerana aku telah kehilngn kedua mereka semnjak aku lahir lagi~tapi kasih sayang nenek yang umpama yang tidak berbelah bahagi mengenepikan kekurangn itu..

sejarah kelahiran aku juga mengaitakn dri ku dengnnya..saat ibuku yang bersusah pyah melahirkan aku~saat ibu ku bertarung nyawa melhirkan aku~saat ibu ku ditolak ke dalam dewan bedah kerana aku tidak dapat dilahirkan secara normal~dia tidak henti2 berdoa..berdoa dan trus berdoa kpda Allah supaya kelahiran aku dipermudahkan~dan berkat doa seorang ibu untuk anknya..dan dengn izin Allah jua..sebelom smpi ke dewan bedah..aku selmt dilahirkn secara normal..itulah kuasa Allah dan berkat doa seoarang ibu yang sentiasa inginkan kesejahteraan bagi anak-anaknya.dia jugalah yg telah hilang kini dari pandgn kami untuk selamanya iaitu arwah nenekku yang ak panggil'makwan'(menahn air mata)...

kini..tiada lagi ungkapan 'makwan' yang selalu sahaja memberi penawar jiwa bagi kami sekeluarga..yang sentiasa mengingatkan kami tentang kebesaran Allah..tiada lagi dapat kudengari kish2 nabi yang diceritakannya usai waktu makan bersama~tiada lagi doa2 pengubat jiwa yang selalu diajarkanya kepada kami~tiada lagi senyuman penuh kesyukurannya di saat cucu2nya menempa kejayaan dalam lapangan pelajaran masing2~tiada lagi air penerang hati yang selalu dibuatnya bagi membantu cucu2nya..di saat orang lain menjahit baju lena..dia bgun bertahjjud kepda-Nya~tiada lagi kata2 semngat daripadanya yang dikirim sbelum cucu2nya pulang ke medan perjuangan(sekolah @ kolej)msing2~tiada lagi kucupan penuh sayg darinya di pagi hari raya sebelum dia menunaikan solat sunat hari raya~tidak sanggup lagi menulis ungkapan 'tiada lagi'..tapi itulah hakikatnya~

2 minggu sblum pemergiannya..kami berkampung di hospital..ibu dan adik beradik yg lain sentiasa berada di hospital sepanjg waktu itu~kata2 dari doktor yg merawat sering kali membuatkan kami lemah dan menitiskan air mata~raya korban juga kami smbut bersama di hospital~itulah kali pertama kami beraya di hospital dan pastinya hari raya itu diselubungi suasana hambar dan dihiasi wajah2 murung~aku amt mengagumi ibuku yang tanpa pernh jemu mencurahkn ksihnya kepada ibunda terchinte walaupn dia juga hampir setiap hari diserang demam dan selesema namun digagahkn juga dri demi ibu terchinte..setelah smggu di hsopital..mkwan dibawa pulang ke rumh kami~ibu dan adik berdiknya yang lain lah yang saban hari menjaganya~begitu juga aku dan sepupu yang lain~

alunan yassin sentiasa diperdengarkan kepadanya..kami bergilir gilir membaca Yassin kerana itu shajalah yang mampu kami beri saat itu~
2 hari sblum pemergian-Nya..aku menyuapkn nasi untuknya..waktu itu aku lihat lehernya berpeluh dan aku sendiri mengelapnya~tidak terlintas di fikiranku saat itu bahawa itu adalah slh stu tanda dia akn meningglkn kami slamnya..makwan kini tidak mengungkap sepatah pon kata~

malam terakhir..aku membacakn Yassin dan doa sakaratul maut yang disuruh ibu dan pastinya bacaan itu diiringi dengn linangan air mata yg tak dapat ditahan lagi~ibu pula duduk di sblh makwan dengan penuh ketengn walau aku tau..hanya tuhan sajalah yg tahu betapa pedih dan sayu hatinya~aku jua tidk menyangka bahawa itulah malam terakhir kami melihat wajh makwan yg sentiasa tenng dan seskali tidk pernh menitiskn air mata semenjak dia tidk shat meski insan di sekelilingnya hampir menitiskan air mata setiap hari di belakngnya~kekuatan jiwa dan ketabhan menempuh ujian yang dikurnia Allah kepdanya menjadi inspirasi bagi kami~

13/12/08..lebyh kurg jam 12 tehgahari..akhirnya makwan pergi meningglkn kami buat selmanya dengn meningglkn seribu memori indah bagi kami..kerana aku dan sepupu yang lain membesar di rumahnya yg sguh meriah di saat hari raya tiba..namun kini.rumh itu kosong dan tidak berpenghuni lagi~saat mengucup dahi nya buat kali terakhir...tidak dapat rasenya menahn deraian air mata namun tetap dipertahan jua~suasana rumh ku tika itu bagai kan sedng ditutupi dengan bekas gelap yang tiada sinr cahya..aku juga tidk mampu lagi melihat tangis ibu yang cuba ditahnnya kerana ratapan di saat kehilangn adalah dilarang sama sekali dalam Islam..

di saat kami meningglkn kubur arwah~deraian air mata mengiringi perjalanan~ibu ku cuba menenangkn satu-satunya adik perempuannya yang tidak dapat mnhan air matanya lagi~sesampai di rumah~waktu maghrib menjengah~kami semua menghadiahkan yassin dan solat sunt hadiah kepada arwah yang juga merupakan salah satu permintaanya sekiranya dia meningglkn kami..

semenjak itu, tiada lagi sinar gembira dan ceria di wajah ibu..dan hari2 yang dilalui bagaikan ader kekurangan~aku membantu ibu mngemas bilik dan baju2 yang ditinggalkan arwah~saat itu...ibu tidak dapat lagi menahan sebak dan air matanya berlingan dengn deras sekali..saat itu juga aku cuba menhan air mata supaya tidak menambh kesedihan ibu namun aku juga tidak sekuat itu apabila melihat tangisannya~kehilangan makwan memberikan impak yang cukup besar bagi kami semua~
dan itulah perkara yang paling pahit yang telah ditakdirkan bagiku~kehilangan seorng nenek yang cukup menyayangi cucu2nya..dan pasti hilangnya tiada ganti~

namun aku bersyukur, kini ibuku mula melakar kuntum2 senyuman walaupon jauh di sudut hatinya betapa rindu akan arwah makwan~semoga hari2 seterusnya dapat kami jalani dengan penuh tabah dan sabar kerana segalanya adalah qada' dan qadar Allah dan kami redha menerima-Nya..

semoga rohnya dicucuri rahmat dan diterima segala amalan kebaikannya~Al-Fatihah~

Tuesday, April 14, 2009

~argh~

adoila~pening kpala~tdo lmbt sgt rini..
esok lak ader sukaneka..fuh2~
so terpakse lah mengaktifkn dri esok walaupon rase cam nk pngsan skung~



sukaneka:sekadar hiasan~tader kaitan ngan aku pon..hehe

~out~

Sunday, April 12, 2009

~coretan kasih untuk abah~

yer..hari nih aku ke kelas dgn membawa kad bufday yg telah dibeli di Thai Kuang MP last week..saje bwak kad tuh g klas..mungkin idea untk mnulis di klas aderlah lbih segar berbanding mencoret di bilik..huhu..

hari nih sorang lecturer pon tak msuk coz busy meng observe akak2 praktikum yang sedng berjuang menunjukkn yg terbaik di hadapan lecturer yg meng observe sedngkn kami d dalam klas sedng bersuka ria tanpa kehadiran lecturer..hehe..tapi yg pasti kami juga akan menghadpi praktikum yg sgt mendebarkn di sem 5 kelak..fuh~

jam 10.12 pagi..aku mula membelek-belek kad yang sudah lma menunggu tinta biru ku menjalar laju di mukanya..aku mula mencoret kata untuk abah sempena hari lahirnya yang bakal tiba tanggal 16 april ini..aku harus menulisnya dengn lebih awal kerana takut pakcik posmen terlmbt hntr nti..

aku sebnr nye seorang ank yang pemalu(huhu) dan juga seorang insan yang amat sukar meluahkan rasa melalui lisan ku...jadik..untuk menunjukkn kasih syg dan rasa cinta pada abah...aku menulis untuknya bak seorang pujangga..hoho~
tak perlu rasenye aku nyatakn ap yg aku tulis di sini kerana terlalu personal rasenye~*segan lak nti**(*_*)

doaku untk abh...semoga abh pnjg umo n murah rzeki..n sentiasa di bwah lindungan-Nya serta sentiasa beroleh rahmat-Nya..terima ksih kerana membesrkn kgh dgn pnuh kasih syg..walupon kadang2 kgh slalu je mnyushkn abh n mak~ampun dan maaf dipinta~thanks 4 everything~you're such a great father in this world!


~love truly~

hepi becoming!

kepada rakan2 ku yg terpakse mengmbil MUET skli lagik..gud lak aku ucapkan!korang jgn putus asa k..kami sntiasa ader di blkg anda sbgai peyokong kuat..gud lak2!semoga segala usha yg anda lakukan akn membuahkan hsil yg gemilang!usha+doa+tawakal=kejayaan
gambarimasu~

dis week jugak ader PC fair kat dP or Mp i guess~but the actual place rasenye MP lah kot as usual~huhu..
tapi keghairahan g PC fair tak dpt menandingi keghairahan pergi ke book fair di PWTC..nak menmbh koleksi buku walaupon masih ader buku yg blom hbis dbaca skung~huhu..tadi pon dah berebut rebut tulis nm untk g~harap2 aku akn mnjadi slh seorang yg bertuah..amin~

*sambung baca buku yg dipinjm dr pusat sumber IPGM KPM~

Friday, April 10, 2009

~me~

'NURUL SHAHIRAH'

NURUL SHAHIRAH
N Naif
U Untung
R Ramah
U Ulung
L Lemah-lembut
S Suci
H Harum
A Amanah
H Harum
I Ikhlas
R Realistik
A Alim
H Harum

(^_^)


gambr hiasan~sgt chumel~(^_^)

~cikgu~

tersentuh hati bile baca blog sorang kwan yg menyentuh tntg sikap guru yang berbekas di hatinya~melalui penglamn yg dilaluinya..aku amik beberapa pengajaran darpadanya..tapi yg jelas di sini..kata2 seorang guru itu selalunya diingati oleh pelajar..dan oleh itu...kata2 yang terluah dr bibir seorng guru haruslah penuh hikmah supaya dapat mndatngkn kebaikan kepada pelajarnya serta menjadi ingatan baik dalam dri mereka..aku juga pernh merasai bisa kata seorng guru yang hingga kini masih ku ingt bait2 ktanya yang bisa menyulam luka di hati..namun..aku cuba buang jauh2 dr sudut hati supaya hnya yang baik menyelubungi segenap hati..i'A~

hari nih aku mula membudayakan membaca..sebnrnye salah stu resolution 4 dis year adalah untk mmbca lebeyh byk buku..namun kekangn masa yang terlalu lantaran terlalu byk kerja yg harus diselesai terlebih dahulu mengatasi keinginan itu..aku terpakse melupkn sbntr buku2 yang sudah berhabuk-habuk skit di ats meja kecil di dlm bilik..hehe..so skung stlah ader beberapa asemen yang msih berbaki untk diselesaikan..aku cuba mncari ruang menelaah buku2 tersebut yang ada antaranya baru sje dipinjm di library tadi..semoga aku berjaya mnghbiskan semuanya sebelom namaku dicatat di dlm buku yang bertajuk "PULANG BUKU LEWAT"hehe..

skrg tgh baca buku chicken soup scrapbookers soul(tak brap best)n soal jawab wanita islam yang ditulis oleh shaikh attiyah saqr~yang byk merungkai persoaln2 serta kekeliruan yang acapkali timbul di minda wanita..i'A akn cuba dhabiskan weeknd ini..

esok plak nk g joging bersama ank2 usrah di bukit serindit..n beberapa org classmtes aku yang tidak pulang ke rumh weeknd nih..huhu~aku mnanti 1 mei untk pulang~(^_^)

**out**

Wednesday, April 8, 2009

~FPK~

akhirnye~alhmdulillh syukur2~yeah akhirnye aku dapat mnyiapkan asemen FPK setelah sekian lma menyusun kata mengukir makna bagi memberi nafas kepada esei yang dihasilkan..namun tiada manusia yg sempurna lebih2 lagi bg aku yg buknlah seorang philosopher yang mampu menghurai kata sehebat mereka~betul2knlh sekiranya terdapat sebarang kesilapan ye~kerjasama anda amat dharapkn~semoga post ini juga dapat membantu junior2 ku melaksanakn tugasan mereka kelak..namun, AMALAN PLAGIARISME AMAT DILARANG..

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN WADAH PEMBANGUNAN MODAL INSAN GEMILANG DI SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MAI BAHARU


Pendahuluan


“Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan…”(Abdullah Ahmad Badawi, 2006). Lantaran hal ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal dan menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dan dikenali sebagai FPK. FPK digubal bagi melahirkan modal insan yang diharapkan negara iaitu modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berkemahiran tinggi,mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta mempunyai ketahanan dan kebolehan untuk menghadapai persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. FPK juga telah membangunkan sistem pendidikan negara sekaligus menganjakkan Malaysia ke kedudukan hadapan dalam senarai negara-negara maju masa kini. FPK mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hinggalah kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan bagi individu dan negara bagi melahirkan warganegara yang mampu untuk menyumbang terhadap kemajuan negara seterusnya menjadi pewaris tampuk pemerintahan negara.

Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah adalah satu perkataan yang berasal daripada perkataan Yunani yang membawa makna perihal mencintai kebijaksanaan. Pada amnya, perkataan falsafah boleh diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional, dan bernas. Tujuan falsafah adalah untuk mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju serta panduan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.

Malaysia kini adalah sebuah negara yang maju dan setanding dengan negara-negara membangun yang lain. Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat(Laporan Kabinet, 1979:226) dan bidang pendidikan merupakan bidang yang paling utama dalam melahirkan modal insan yang mampu mengekalkan kepesatan ekonomi seterusnya kemajuan negara kita.

Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) tercetus pada tahun 1979 setelah penerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran di Malaysia. Jawatankuasa ini telah ditubuhkan pada tahun 1974(Yew Chee Wai, 2001) dan dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Menteri Pelajaran ketika itu. FPK pada mulanya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara(FPN) tetapi ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) seterusnya telah digubal pada tahun 1988. FPK menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip-prinsip berkaitan bidang pendidikan di negara kita serta turut menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai entiti keseluruhan yang tekal,jelas dan logik.

FPK menggariskan beberapa matlamat yang perlu dicapai oleh institusi pendidikan di negara kita. Antara matlamat yang digariskan FPK adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada tuhan yang juga merupakan salah satu unsur yang terdapat dalam Rukunegara. FPK juga bermatlamat untuk melahirkan insan yang setia pada negara serta mampu memberi sumbangan untuk kemajuan negara selaras dengan takrifan pendidikan Rabindranath Tagore dalam bukunya Sadhama The Realization of Life yang menyatakan bahawa pendidikan menyediakan seseorang untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara. FPK digubal supaya dapat menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara selain memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua warganegara Malaysia. Selain itu, matlamat FPK juga adalah untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia iaitu insan yang yang mempunyai peribadi yang baik dan sopan serta sentiasa berpegang kepada nilai-nilai moral dan prinsip hidup. FPK juga digubal untuk melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab iaitu mempunyai sikap amanah dan sentiasa bersedia menggalas tanggungjawab yang diberikan.

Faktor Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor utama yang mempengaruhi pembentukan FPK adalah faktor agama. Terdapat pelbagai jenis agama di Malaysia seperti agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh. Pembentukan FPK perlu mempertimbangkan faktor agama supaya selaras dengan semua agama yang dianuti rakyat Malaysia. Faktor sosial merupakan salah satu faktor pembentukan FPK kerana dengan adanya falsafah ini, negara kita akan dapat mencapai keharmonian dan kemakmuran. Faktor politik merupakan faktor yang menentukan ideologi negara seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan di negara kita. Faktor ekonomi juga turut mempengaruhi matlamat pendidikan yang terkandung dalam FPK sebagai usaha membangun dan memajukan negara. FPK juga dibentuk berlandaskan faktor individu dan faktor sejagat kerana penggubalan FPK dipengaruhi sistem pendidikan antarabangsa. Falsafah ini berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia.

Latar Belakang Sekolah

Sekolah yang telah kami kunjungi pada kali pertama menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) ini adalah Sekolah Kebangsaan Kuala Mai Baharu(SKKMB) yang terletak di dalam daerah Temerloh, Pahang. Kedudukan SKKMB adalah hampir 40 kilometer dari Bandar Temerloh, 38 kilometer dari Pejabat Pelajaran Daerah manakala hampir 130 kilometer dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.SKKMB telah ditubuhkan pada 1 Januari 1969 dan mula beroperasi dengan jumlah murid seramai 50 orang dan 6 orang guru. Selaras dengan era globalisasi dan peningkatan taraf kehidupan penduduk sekitarnya, SKKMB kini mempunyai 27 orang guru dan 341 orang murid yang terdiri daripada kaum Melayu dan Asli. SKKMB juga menyediakan 12 kelas untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah dari hari ke hari. Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pembelajaran seperti makmal komputer, pusat sumber, makmal sains dan padang permainan bagi menyediakan peluang pendidikan yang bermutu kepada murid-murid demi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Peranan Sekolah dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Program Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) bagi semester pertama ini telah saya jalankan bersama dua orang rakan yang lain di Sekolah Kebangsaan Kuala Mai Baharu(SKKMB), Jerantut, Pahang. Sekolah Gred A ini telah mula beroperasi pada 1 Januari 1969. Sekolah ini diterajui oleh Encik Nik Hassan Nik Mat sebagai guru besar yang bertanggungjawab melaksanakan segala hasrat kerajaan di sekolah ini berlandaskan agama dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). Sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam merealisasikan FPK kerana sekolah adalah institusi pendidikan yang dipertanggungjawab mendidik dan membentuk modal insan yang diharapkan negara. SKKMB telah berjaya merealisasikan beberapa elemen yang digariskan dalam FPK. Pengurusan sekolah yang sangat sistematik menunjukkan bahawa sekolah ini amat peka dengan peranannya dalam merealisasikan segala hasrat negara terutamanya FPK. Pelbagai aktiviti telah dijalankan demi merealisasikan FPK di sekolah ini.

Pendidikan sebagai suatu usaha yang berterusan diterapkan dalam Projek Nadi Ilmu Amalan Membaca(NILAM) yang dijalankan secara aktif di sekolah ini. Projek NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada murid-murid. SKKMB menjalankan projek NILAM dengan giat untuk mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu untuk menanam minat membaca dalam kalangan murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca. Selain itu juga, projek NILAM yang dijalankan juga bertujuan menjadikan murid lebih banyak membaca dan sekaligus menggalakkan sekolah untuk terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca. Amalan membaca juga mampu mewujudkan modal insan dengan minda kelas pertama serta membolehkan murid-murid membuka minda mereka sekaligus menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan dan kemajuan yang dinikmati negara kini. Guru-guru juga sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran dan ilmu yang ada dengan menghadiri kursus yang dapat membantu mereka memajukan diri serta ada juga yang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi demi mencapai kesempurnaan diri seperti saranan Carl Rogers dalam teori pembelajarannya yang menyatakan setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan diri.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sekolah ini terutamanya bagi tahun 2008 dan 2009 dalam merealisasikan FPK. Pertandingan dan aktiviti yang diadakan di sekolah ini biasanya melibatkan semua murid. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa sekolah ini telah berusaha memperkembang potensi murid-murid kerana setiap manusia yang diciptakan Allah mempunyai potensi diri yang tersendiri yang boleh diperkembang dari masa ke masa. Antara aktiviti yang telah dijalankan di SKKMB untuk mencungkil bakat murid-murid adalah seperti pertandingan bercerita antara kelas dan pertandingan menulis puisi yang terbuka kepada semua pelajar. Aktiviti ini merupakan salah satu inisiatif pihak sekolah dalam usaha mencungkil bakat murid-murid supaya bakat dan potensi mereka dapat digunakan sebagai wadah untuk memajukan diri masing-masing. Selain itu juga, nilai keberanian dalam diri murid-murid juga cuba diterapkan dalam merealisasikan FPK. Pertandingan nasyid dan bercerita contohnya melatih murid-murid menjadi lebih berani untuk tampil ke hadapan serta meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan khalayak. Program seperti Motivasi Bina Insan yang dijalankan juga menggalakkan murid-murid berinteraksi dan berkomunikasi dengan individu lain dan melalui interaksi ini, bakat, potensi dan kebolehan mereka dapat dicungkil dan dikembangkan lagi. Kefahaman tingkah laku individu juga dapat diperolehi melalui proses komunikasi.

Tahap pencapaian murid merupakan penanda aras bagi keberkesanan aktiviti atau program yang dijalankan di sekolah. Oleh itu, SKKMB sentiasa menetapkan target yang hendak dicapai dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam merealisasikan FPK yang menggariskan unsur intelek. Target pencapaian bagi setiap mata pelajaran turut ditetapkan supaya waima guru-guru atau murid-murid berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya serta membolehkan mereka memahami dengan jelas harapan yang ditetapkan sekolah. Sekolah juga hendaklah berperanan dalam meningkatkan tahap intelektual murid dan bekerjasama dengan pihak ibu bapa bagi tujuan itu. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) SKKMB bergiat aktif dalam membantu sekolah mencapai target yang ditetapkan. Antara aktiviti yang dijalankan yang melibatkan pihak PIBG adalah motivasi ibu bapa. Program ini menyedarkan ibu bapa tentang peri pentingnya peranan mereka dalam membentuk sahsiah anak-anak serta menyuntik semangat mereka untuk terus belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan.

Program khas Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis(KIA2M) juga telah dijalankan di sekolah ini untuk membantu pelajar-pelajar tahun satu yang masih lemah dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Program ini telah diperkenalkan bermula pada tahun 2006. Dalam konteks pelaksanaan KIA2M di SKKMB, kemahiran asas yang disenaraikan adalah kemahiran teras dan kemahiran lanjutan. Kemahiran teras terdiri daripada kemahiran mengenal, membaca, dan menulis huruf ‘A’ hingga ‘Z’ manakala kemahiran lanjutan membekalkan murid dengan kemahiran asas tambahan. Terdapat satu kelas KIA2M yang disediakan dan guru yang berpengalaman diterapkan supaya murid-murid lemah ini dapat dibantu dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka.

Unsur rohani yang digariskan dalam FPK turut ditekankan di sekolah ini. Pelbagai aktiviti yang mampu mendidik jiwa murid-murid dijalankan antaranya adalah ceramah sempena maulidur rasul, Kem Bestari dan Solat Hajat dan pertandingan tilawah dan nasyid. Aktiviti-aktiviti ini dikendalikan pihak sekolah sendiri dengan kerjasama para penceramah yang dijemput khas daripada organisasi tertentu. Kem Bestari Solat yang diadakan melatih murid-murid untuk mendirikan solat dengan sempurna mengikut rukun-rukunnya. Kem seperti ini selaras dengan kehendak FPK bagi melahirkan insan yang patuh kepada tuhan serta bersyukur atas segala kurniaan tuhan. Aktiviti-aktiviti yang berunsur kerohanian ini juga mendidik murid-murid supaya berakhlak mulia dan sentiasa berpegang kepada nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Aktiviti kerohanian juga adalah usaha untuk mencapai salah satu objektif pendidikan peringkat rendah iaitu mengukuhkan asas keimanan serta mengamalkan akhlak yang mulia. Unsur emosi juga sekaligus dapat diterapkan dalam diri murid-murid. Murid-murid yang sentiasa dekat dengan Tuhan akan merasai ketenangan jiwa dan membentuk kestabilan emosi dalam diri mereka.

Kesihatan tubuh badan mempengaruhi kecerdasan minda dan fikiran. Aktiviti fizikal juga dapat menggalakkan pertumbuhan murid-murid serta mampu menyihatkan badan selaras dengan unsur jasmani yang digariskan dalam FPK. SKKMB amat menitikberatkan kesihatan fizikal murid-murid. Antara aktiviti yang dijalankan bagi meningkatkan tahap kemampuan fizikal murid-murid adalah Minggu Kesihatan. Sepanjang minggu ini, murid-murid didedahkan dengan kepentingan menjaga kesihatan diri mereka serta diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti pentingnya menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Selain itu juga, larian merentas desa turut diadakan bagi mengembangkan bakat larian yang dimiliki murid-murid serta memupuk semangat kesukanan dalam diri mereka. Program luar bilik darjah juga turut diadakan seperti perkhemahan peringkat sekolah yang melibatkan pelajar tahap dua. Program ini dapat melatih murid-murid berdikari serta memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan segala kemahiran yang dimiliki seperti kemahiran teknikal dan manipulatif selaras dengan kepercayaan Piaget bahawa kanak-kanak adalah seperti ahli sains muda yang sering mencipta dan menguji teori-teori dalam dunia mereka.. Program ini juga dapat meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi murid-murid kerana aktiviti yang dijalankan memerlukan mereka untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain.

Kemajuan sains dan teknologi yang semakin pesat kini haruslah digunakan sebaiknya oleh para pendidik dan sekolah demi merealisasikan elemen yang terkandung dalam FPK. Murid- murid luar bandar terutamanya hendaklah diajar bagaimana menggunakan perkakas-perkakas canggih seperti komputer yang berupaya membantu proses pembelajaran menjadi lebih berkesan dan menarik. Selaras dengan unsur yang digariskan FPK bagi melahirkan generasi yang seimbang dalam segala bidang dan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan, SKKMB menyediakan sebuah makmal komputer bersesuaian dengan bilangan murid yang terdapat di sekolah ini. Makmal komputer ini dilengkapi dengan 40 komputer yang membolehkan murid-murid mempelajari cara-cara menggunakannya kerana sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dan kebanyakan muridnya kurang mahir menggunakan komputer. Dengan adanya tunjuk ajar daripada guru, murid-murid ini akan lebih mahir menggunakan komputer atau medium pembelajaran yang lain seperti peralatan di makmal sains contohnya mikroskop supaya mereka tidak ketinggalan dalam menongkah arus kemodenan kini. Sekolah juga berperanan menyediakan kemudahan pembelajaran seperti pemancar cahaya atau projektor supaya dapat digunakan oleh para guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya menarik minat murid-murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan juga akan berlaku apabila para pendidik berupaya mengaitkan kandungan yang diajarnya dengan keperluan, kehendak, minat dan tahap perkembangan murid bersesuaian dengan butir penting mengenai pendidikan yang digariskan John Dewey dalam bukunya ‘Democration and Education’.

Masalah sosioekonomi dan kurangnya keperluan untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran melemahkan semangat murid-murid untuk hadir ke sekolah sekaligus membuatkan mereka merasa rendah diri. Oleh itu, sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani masalah ini supaya dapat merealisasikan segala elemen yang digariskan dalam FPK terutamanya bagi melahirkan insan yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan berkebolehan mengharungi liku-liku hidup. Pencapaian akademik juga boleh ditingkatkan dengan bantuan yang diberikan pihak sekolah. Pihak pengurusan SKKMB mengambil langkah yang efektif dengan memohon pelbagai bentuk bantuan yang dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh para pelajar. Pelbagai bantuan berjaya disalurkan kepada para pelajar contohnya bantuan Kumpulan Wang Pelajar Miskin(KWAPM), Skim Bantuan Tuisyen(SBT), dan Rancangan Makanan Tambahan(RMT). Menurut Encik Ahmad Syukri Aichang Bin Abdullah iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKKMB, 50 peratus daripada pelajar SKKMB mendapat bantuan yang disediakan sekaligus mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap Sekolah

Kesedaran pendidik dan perubahan sikap pendidik dalam menjalankan tugas merupakan salah satu implikasi FPK terhadap sistem pendidikan di negara kita. FPK juga memberi implikasi kepada warga pendidik SKKMB dalam meningkatkan mutu pengajaran mereka. Mereka juga sentiasa berusaha meningkatkan tahap pengetahuan mereka contohnya guru besar SKKMB sendiri iaitu Encik Nik Hassan Nik Mat telah menyambung pelajarannya supaya dapat memimpin sekolah dengan lebih baik lagi seterusnya merealisasikan misi dan visi sekolah dengan jayanya. Para pendidik SKKMB juga berusaha melakukan perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajaran mereka. Pelbagai bahan dan alat bantu mengajar yang diterapkan dengan nilai-nilai murni digunakan untuk meningkatkan minat murid-murid supaya sentiasa memberi sepenuh tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus mendidik murid supaya berakhlak mulia. Setiap kelas juga mempunyai carta hafalan sifir bagi ahli-ahli kelas supaya dapat meningkatkan semangat mereka untuk menghabiskan hafalan seterusnya berada di kedudukan yang sama dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini juga dapat meningkatkan semangat persaingan yang positif antara murid. Selain itu juga , pengurusan SKKMB yang sangat sistematik juga merupakan salah satu implikasi FPK terhadap sekolah itu. Segala dokumen pengurusan disusun dengan rapi di pejabat pengurusan dan hal ini terbukti apabila segala dokuman yang kami minta semasa menemu bual Guru Penolong Kanan 1(GPK 1) amat mudah didapati di pejabat itu.

Kemudahan sekolah yang semakin bertambah dari hari ke hari juga merupakan salah satu implikasi FPK terhadap institusi pendidikan. Kemudahan-kemudahan ini membolehkan murid-murid mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara menyeluruh dan seimbang. Walaupun SKKMB merupakan sekolah luar bandar, sekolah ini mempunyai sebuah surau yang agak luas bagi membolehkan murid-murid menunaikan solat Zohor secara berjemaah selepas waktu persekolahan serta membolehkan kelas pengajian Al-Quran diadakan dengan bimbingan guru berpengalaman. Nilai rohani sekaligus dapat diterapkan dalam diri murid-murid serta membolehkan pembentukan akhlak yang mulia dalam diri mereka. Pelbagai organisasi diwujudkan di sekolah untuk mewujudkan situasi dan persekitaran yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK contohnya Kelab Rukunegara telah ditubuhkan di semua sekolah rendah di Malaysia bermula pada tahun 2009 supaya murid-murid dapat diterapkan dengan nilai jati diri yang tinggi dalam diri mereka seterusnya berupaya menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara kelak.

FPK juga memberi implikasi kepada persekitaran sekolah. Iklim sekolah yang kondusif dibentuk oleh SKKMB sebagai usaha melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu. Setiap subjek di sekolah ini mempunyai sudut bacaan tersendiri dan murid-murid boleh melihat dan membaca segala paparan dengan mudah. Selain itu juga terdapat satu sudut bacaan yang sangat menarik iaitu sudut bacaan pendidikan pencegahan dadah yang diletakkan berhampiran tangga utama. Sudut ini dapat menyedarkan murid-murid tentang bahaya dadah dan mengelakkan mereka daripada terjebak dengan pelbagai masalah sosial yang kini semakin menular. Persekitaran kelas bagi pelajar tahun enam terutamanya boleh menaikkan semangat mereka untuk mencapai kejayaan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). Pelbagai nota ditampal di sekeliling kelas supaya ingatan jangka panjang dapat diwujudkan serta membolehkan murid-murid mengulangkaji pelajaran secara tidak langsung. Kata-kata hikmah serta nilai-nilai murni dipaparkan di sekeliling kawasan sekolah supaya murid-murid sentiasa berwaspada dengan tingkah laku mereka serta dapat dijadikan pengajaran agar mereka sentiasa mengamalkan sikap yang terpuji dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar juga merupakan implikasi FPK kepada sekolah. Antara aktiviti yang diadakan SKKMB sebagai implikasi FPK terhadap sekolah ini adalah adanya budaya berselawat apabila tamat sesuatu perhimpunan. Selain itu juga, persembahan nasyid oleh murid-murid acapakali diadakan terutamanya semasa perhimpunan rasmi pada hari Isnin bagi menyampaikan mesej yang berunsur kerohanian dalam bentuk irama dan lagu kerana melalui kaedah ini, murid-murid akan lebih tertarik dan mudah menerima mesej dan pengajaran yang terkandung dalam nyanyian nasyid tersebut. Persembahan nasyid ini juga boleh mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam diri murid-murid dan seterusnya diketengahkan lagi supaya bakat yang ada tidak disia-siakan.

Pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah yang semakin meningkat juga merupakan salah satu implikasi FPK terhadap sekolah. Dengan adanya usaha gigih daripada pihak pengurusan sekolah dan guru-guru, pencapaian akademik dan kokurikulum murid-murid semakin meningkat dari hari ke hari selaras dengan FPK yang menggariskan hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dalam segala aspek. SKKMB juga berjaya meningkatkan prestasi pelajarnya dari masa ke masa. Walaupun dari aspek kuantiti, peningkatan murid tidak dapat dilihat dengan jelas, namun begitu, daripada aspek kualiti, peningkatan pencapaian murid-murid dalam akademik dapat dilihat dengan jelas terutamanya bagi keputusan UPSR. Pada tahun 2004, gred purata keseluruhan yang dicapai oleh SKKMB dalam UPSR adalah 2.81 dan telah meningkat kepada 2.13 pada tahun 2008. SKKMB juga berjaya melahirkan murid yang berbakat dalam sukan bola sepak dan buktinya salah seorang murid dari SKKMB telah dipilih untuk mewakili pasukan negeri Pahang ke pertandingan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia ke peringkat kebangsaan.

Penglibatan murid-murid yang memberangsangkan dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan pihak sekolah juga merupakan salah satu implikasi FPK yang menggariskan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Dengan adanya bantuan dan bimbingan guru, seseorang murid itu akan berusaha menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan ikhlas dan penuh amanah. Jawatan seperti pengawas, pengawas perpustakaan, ketua kelas dan ahli jawatankuasa unit beruniform membolehkan murid-murid belajar menggalas tanggungjawab yang diberikan kepada mereka seterusnya nilai kepimpinan dapat dipupuk dalam diri mereka. Murid-murid juga akan mula menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka merupakan satu amanah yang penting dan harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Rumusan dan Cadangan

Usaha untuk merealisasikan FPK telah dijalankan dengan penuh iltizam oleh pihak SKKMB walaupun kedudukan sekolah terletak di kawasan luar bandar. Pelbagai elemen yang digariskan dalam FPK telah berjaya direalisasikan di sekolah ini. Namun begitu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ini supaya lebih maju ke hadapan setanding dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan di sekolah ini adalah dari aspek kemudahan yang disediakan. Padang sekolah yang kurang mengutamakan unsur-unsur keselamatan haruslah diperbaiki dengan segera supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Padang sekolah yang berlubang-lubang serta tidak rata boleh menyebabkan kecederaan kepada murid-murid yang menggunakan padang ini. Selain itu juga, keadaan padang yang kurang baik juga pastinya akan mencemar nama sekolah sekiranya padang itu digunakan untuk acara rasmi seperti sukan tahunan yang dihadiri oleh ibu bapa atau tetamu khas yang dijemput.

Pusat sumber merupakan satu tempat rujukan murid-murid untuk mencari maklumat yang diingini selain menyediakan bahan bacaan bagi murid-murid supaya masa mereka yang terluang boleh diisi dengan amalan membaca. Pusat sumber SKKMB perlu dipertingkatkan lagi dari aspek bilangan bahan bacaan. Pihak sekolah seharusnya menambah lagi bilangan bahan bacaan yang terdapat di pusat sumber supaya murid-murid dapat mengeksplorasi ilmu dengan lebih berkesan seterusnya meningkatkan tahap pencapaian mereka terutamanya dalam akademik. Pusat sumber juga haruslah diselia dengan baik supaya dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke pusat sumber sekaligus membudayakan amalan membaca.

Penambahbaikan juga boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan juga merupakan salah satu tarikan yang berupaya menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah bagi menimba ilmu yang diajarkan oleh guru mereka. Guru-guru SKKMB haruslah peka kepada setiap perkembangan murid mereka supaya murid-murid terutamanya murid Asli yang belajar di situ akan berasa dikasihi dan dihargai. Guru-guru juga haruslah lebih kerap menggunakan alat bantu mengajar yang menarik serta menggunakan kemudahan yang disediakan sekolah bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran seperti pemancar cahaya dan projektor.

Selain itu juga, pihak sekolah haruslah peka kepada persekitaran sekolah. Persekitaran sekolah haruslah ditingkatkan lagi dari aspek kebersihan dan keceriaan kerana persekitaran yang bersih dan sihat akan mewujudkan suasana yang selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran yang selesa juga amat penting kerana proses pembelajaran adalah melalui pemerhatian(Bandura,1986). Mural-mural lama yang terdapat di sekeliling sekolah hendaklah diperbaharui supaya idea-idea segar daripada murid-murid atau guru-guru dapat diilhamkan dengan cemerlang. Sekolah juga haruslah membudayakan membaca sebagai salah satu aktiviti utama murid-murid terutamanya ketika waktu lapang mereka. Sudut atau pondok bacaan haruslah disediakan bagi menimbulkan minat membaca dalam kalangan mereka seterusnya menjadi tempat perbincangan yang membolehkan perkongsian idea-idea bernas berkaitan pelajaran. Keselamatan sekolah juga haruslah dititikberatkan contohnya peraturan keluar masuk haruslah diperketatkan lagi supaya keselamatan semua murid terjamin ketika berada di dalam kawasan sekolah.

Pihak sekolah juga boleh menggalakkan murid-murid belajar berinteraksi dengan persekitaran supaya mereka dapat menimba pengalaman yang sebenar selaras dengan saranan tokoh pendidik iaitu Maria Montessori yang mengatakan bahawa kanak-kanak lebih mudah belajar jika mereka diberi peluang berinteraksi dengan persekitaran. Oleh itu, pihak sekolah contohnya boleh mendorong murid-murid melaksanakan Projek Sains seperti projek menanam sayur-sayuran kerana proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya mereka merasai serta melihat sendiri pertumbuhan tanaman tersebut.

Penutup

Sebagai deduksinya, segala hasrat kerajaan dalam bidang pendidikan haruslah dicapai demi melahirkan insan yang seimbang dalam segala aspek selain menjadi pewaris pemerintahan negara. Semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan haruslah bersatu hati, menggenggam tekad yang jitu dengan sepenuh hati serta berusaha bersungguh-sungguh merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi melahirkan modal insan yang gemilang yang mempunyai mentaliti kelas pertama.

SKKMB juga perlulah lebih giat menjalankan penambahbaikan serta meneruskan usaha untuk memajukan sekolah demi melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dikategorikan kepada tiga spek utama iaitu ilmu, kemahiran dan penampilan yang unggul. Oleh itu, Malaysia akan terus membangun bersama generasi yang mampu memimpin negara ke arah kemajuan.



~hak cipta terpelihara~shahirah~