Blogger Widgets

Monday, July 27, 2009

~kembali~

hari terakhir berada d rumh stelah bercti slama seminggu..tak smpi smgu pon senannyer..esok kembali pulang ke mktab..hrap2 keadaan pulih seperti biasa..trauma dikuarantin...cukuplah sekali..yang pasti..asgmnt bertimbun bakal menyambut kepulngn kami nti..semoga Allah permudahkan seglanya bagi kami..

ahli kelas yg best..kami semua wanita~hehe


tym PJ..smbil2 tgu cikgu kat gym..lepak2 dulu..


koleksi kek harijadi..kami mmg suka smbut bufday org n wat SURPRISE!!! dengn mengunkn bhn2 sperti telur,tepung,mknan2 basi n sebgainya..hehehe

tade keje senanyer..so edit2 gmba..

Tuesday, July 21, 2009

~tabahkanlah hati2 kami ya Allah~

hari ketiga kami dikuarantin..hanya tuhan yang tahu betapa sayunya hati2 kami berjauhan dengan rakan2 yang menjadi sebahagian dari kami..tak mampu lagi berdiri rasenye berjauhan dengan mereka..hanya mampu melambai mereka di kejauhan..melihat di kejauhan dan mengirim rindu bersama angin yang membawa sama kesayuan hati kami...betapa kami merindui mereka..kangan pada saat gelak tawa bersama..saat dimarahi pensyarah bersama..dan setiap saat bersama mereka..kami tidak tahu selama mana lagikah kami akan dikuarantin di sini..
yang hanya dapat kami lakukan kini adalah berdoa dan terus berdoa supaya Allah kuatkan hati2 kami..tabhkan hati2 ini dalam menempuh ujian-Nya yang tidak terbanding oleh kenikmatan yang dikurnia-Nya...betapa kecilnya ujian ini jika dibandingkan dgn nikmat-Nya...semoga Allah kuatkan kaki2 kami untuk terus berdiri dan berjuang melwan segala wabak yang datang melanda..semoga Allah memberi nikmat kesihatan kepada kami seterusnya kami dapat menjlnkn kehidupan seperti biasa bersama PISMP Maths 09 yang lain yang sgt kami cintai~dapat berkongsi suka dan duka semula..dapat sma2 mereka dalam medan perjuangn dalam mencari ilmu-Mu ya Allh~
didoakan juga agar IPGM KPM dilindungi dan sentiasa di bawah rahmaat-Nya..
semoga hari ini lebih baik dari hari semlam dan semoga hari esok lebih baik dari hari ini~amin~


rindu pada mereka ini~kamu semua telah mejadi sebahagian dari diri saya~


kamu2 di sana~doakanlh kami di sini~


rindu saat ini~

hati2 yang telah mnjadi satu



sayang korang sume~

kmu2 d sna..doakan kmi d sini~


sedih menerpa saat kertas ini dibaca~


antara kami yang terpaksa berpish dengn mereka yg dicinta di blok G02...tgu kepulngn kami..

Monday, July 20, 2009

~bagaikan mimpi~kuarantin~

bismillahirrahmanirrahim...

bagaikan sedang bermimpi~tapi berpijak lah di bumi nyata shahirah~sekrang ak sedang dikuarantin sebagai langkh tuk prevent AH1N1 dr merebak kat mktab ak~yg makin menular kat mlka skarg n mktab nih jugak...maybe sebabb byk sgt foreigners kat sini..yang pastinya aku redha atas segala ketentuan-Nya..semoga terhapus dosa-dosa kecilku..kebetulan semasa wat check up tadi aku menghidap slsema dan batuk n apa lgik trus dikuarantin di blok C(monumen)yang sememangnya tdak pernh aku menginap d sini..aku dikuarantin bersama 7 org rakan yang lain...mujurlah ade mereka menemani..semoga hati kami sentiasa dalam ketabhan dan kesabaran menghadapi ujian ini..esok kami tidak perlu ke kuliah hingga rabu ini...dikuarantin sepenuhnya..sob2~kebetulan..minggu ini aderlah minggu yg paling busy..terlalu byk tugasan n presentation tapi apakan daya...terpaksa meningglkn bebanan tugas pda ahli grupku yg lain..maafkn ak korang..tak dpt sma2 stay up untk wat ABM~terpakse berkampung di sini demi menjaga kepentingn semua...doaku~semoga Allah menjauhkn kami dr sebarang penyakit dan bahaya..dan menyembuhkn segala penyakit yg kami hidapi..sesungguhnya engkau sajalah yang layak memperkenankan doa kami~dan semoga tempoh kuarantin ini akan disingkatkan lagik..i'A~
yg di luar sana~ambil lah lngkh2 tepat mengelakkkn AH1N1..serta doakanlah kesejahteraan kami di sini~

Tuesday, July 14, 2009

~ujian Allah~

Bismillahirahmaniraheem..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak meningkatkan keimanan kita atau hendak menguji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan diri kita serta membolehkan kita bertindak dengan lebih bijak lagi



Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.



Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.



segala ujian yang dikurnia Allah pasti ada hikmah di sebaliknya..jangan kita mudah mengeluh dengan segala ujian-Nya..sentiasalah yakin bahawa Allah sentiasa bersama hambaNya yang beriman.jika berasa sedih dan payah..mengadulah segala pada-Nya..sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui~

don't be sad~