
~pandanglah kehidupan dengan pandangan cinta dan optimis kerana kehidupan adalah hadiah daripada Allah untuk seluruh manusia. Terimalah hadiah ini dengan gembira dan senang hati. Sapalah mentari pagi dengan kecerahan dan senyuman yang indah. Sambutlah malam dengan keheningan dan ketenangan. Jemputlah siang dengan keindahan dan kehangatan sinarnya. Teguklah air yang segar sambil memuji dan bersyukur pada Allah. Hiruplah udara dengan penuh kegembiraan dan kesenangan. Ciumlh semerbak harum bunga dan bertasbih. dan renungkanlah alam raya sambil mengambil peljaran yang berharga darinya~
(^_^)
No comments:
Post a Comment