Blogger Widgets

Friday, May 29, 2009

~mencari keikhlasan~

mencari keikhlasan umpama mencari semut hitam di malam yang kelam..betapa sukarnya mncari keikhlasan dan betapa sukarnya mendidik jiwa dengan nilai ikhlas..

ikhlas berasal dari kata Khalasha yang bererti bersih atau murni..Secara istilah, ikh1as bererti membersihkan hati dari maksud selain mengharapkan redha Allah Azza wa Jalla.Ikhlas merupakan salah satu amalan hati, bahkan ikhlas berada di barisan depan dari amal-amal hati, kerana amal tak dapat diterima sempurna kecuali dengannya.
Ikhlas sangatlah penting dalam menyertai amalan kita. Sahl bin Abdullah at-Tustary berkata, “Dunia ini adalah kebodohan dan kematian kecuali ilmu. Semua ilmu merupakan hujah atas pemiliknya kecuali yang diamalkannya. Semua amal akan sia-sia kecuali ikhlas.” Allah berfirman tentang setiap amal yang dimaksudkan untuk selainNya sebagai amal yang sia-sia (QS. 24: 23).

Dalam hadits riwayat Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa kalian, tetapi Dia melihat kepada hati kalian (niat dan keikhlasan” (HR Muslim). Allah hanya menginginkan hakikat amal, bukan rupa dan bentuknya. Maka Dia menolak setiap amal yang pelakunya tertipu dengan amalnya.

oleh itu..marilah kita sma2 mendidik jiwa supaya sentiasa ikhlas dalam melakukan setiap perkara demi mencapai redha Illahi iaitu tujuan hidup manusia di muka bumi yang smentara ni..dan bukan sekadar mengharapkan balasan...yang pastinya tak sehebat balasan Allah~
i'A

No comments:

Post a Comment