Blogger Widgets

Friday, January 6, 2012

high expectation~trust HIM~

di sebalik senyuman,tersimpan sejuta rahsia yg hanya Dia ketahui
berdoa agar segalanya dipermudahkan
walaupun segunung harapan diberikan
rasa tak mampu menampung segunung harapan
namun saya ada DIA,saya ada mereka yg saya cinta sepenuh hati
yang membuatkan saya kuat berdiri
meski jatuh berulang kali
bangun kembali kerana jatuh sekali tidak bererti selamanya jatuh
hanya DIA tempat mengadu
yakin bahawa DIA lah yang menentu segala
kerana hanya DIA tahu segala yang terbuku di lubuk hati
kerana perancangan manusia tidak sehebat perancanganNYA
saya yakin itu

moga segala ujian yang bakal tiba menjadikan saya mukmin sejati
moga tidak datang putus asa
kerana jangan sesekali putus asa dengan rahmatNYA
moga saya diberi kekuatan dalam menjalani kehidupan penuh onak duri
moga saya tabah dan redha dalam setiap yang terjadi

ujian Allah bukan datang dalam bentuk kesusahan semata
namun kesenangan dan pujian manusia juga adalah UJIAN
yang bisa melalaikan manusia
hanya mampu berdoa moga Allah menjauhkan sifat riak,ujub dan takbur
kerana segala kelebihan dan kekurangan datang dari DIA
maka bersyukur dengan setiap kelebihan dan kekurangan
manusia hanyalah hambaNYA yang lemah
sesungguhnya DIA lah sebenar-benar tempat bergantung






moga dipermudah segala urusan dunia dan akhirat



-shahirah-


No comments:

Post a Comment