Blogger Widgets

Tuesday, June 16, 2009

~high heel~

tahukah anda wahai wanita~

Berkasut tumit tinggi memang menjadi kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi..yeke bergaya?~hurm..taderla bergaya sgt senanyer..Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil..

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

"Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

"Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

"Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan," katanya.


Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.


Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

"Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

"Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,"jelasnya.

~utusan msia~

jadi..buat apa menyakitkn dri demi kelihtn cantik~sama sekali tiada gunanya~
dan ketahuilah bahawa dengan akhlak baik dan terpuji..segalanya akan tampak cantik..peliharalah kecantikan anda dengan keimanan,keredhaan Allah,dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat..jadikan taqwa itu sebagai pakaian..nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia..hindarilah rutin hidup yang diamlkn wanita2 fasiq, yang suka memperlihatkan daya tariknya untk memikat kaum berlainan jntina dan menjadikn tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkn norma2 susila, kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahanam..

~bersama kita muhasabah diri~

4 comments:

  1. xpernah pki heels pon..haha...ta best!!anti heels!

    ReplyDelete
  2. em...bfikir sjenak..mcm mn ni..kt mktb kite wajib high heel..kn bg pengarah bc sal ni

    ReplyDelete
  3. huyo fara..smpi anti tuh..hehe.ko kawen nti kena pki gak kot..hik8..
    aah tulah pasl kan kak tini~haish~kite mnjadi mgsa~tapi takpe..yg rendh2 je kite pki..hehe

    ReplyDelete
  4. tau memang x elok sangat pakai high heels ni. tapi kalau x pakai selalu x teruk sangat agaknya kesannya ;p

    ReplyDelete