Blogger Widgets

Monday, April 9, 2012

~alhamdulillah~

Alhamdulillah dan syukur sekali lagi kerana diberi kelapangan oleh Allah untuk mencoret di sni..sepanjang tempoh praktikum ini terpaksa menghadap kuasa yang dinamakan SIBUK yang menjadi sahabat utama sepanjang tempoh 3 bulan ini. namun syukur masih ada kelapangan untuk menghadam beberapa buah buku yang dbli dgn menggunakan voucher.

dalam usia yang semakin meningkat, impian mendirikan sebuah baitul muslim sememangnya wujud dalam diri setiap insan. keinginan berkeluarga bukanlah satu nafsu tetapi adalah fitrah yang dberi Allah ke adalam jiwa manusia. keinginan untuk membahagiakan dan dibahagiakan oleh orang lain juga adalah satu fitrah yang diberikan Allah.tiada manusia yang tidak ingin bahagia di samping insan2 tercinta dan diredhai Allah.hakikatnya saya juga begitu kerana saya manusia biasa.

oleh itu, perlu melengkapkan diri secukupnya supaya alam yang berbeza itu dapat dilayari dengan bekal secukupnya.jika ingin berlayar, perlu mahir mengendalikan sauhnya.begitulah juga tentang kehidupan ini, jika tujuan hidup hanya untuk mencapai syurga dunia,x perlu bersusah mengawal kemudi yang membawa ke syurga abadi di sana nanti.

AKU TERIMA NIKAHNYA...koleksi trilogi yang mengandungi sejuta ilmu bagi yang mahu mendirikan baitul muslim dalam keredhaaNya.kerana rumahtangga yang dibina bukanlah untuk sehari dua tapi untuk selamanya selagi hayat dikandung badan,selangi roh masih di sisi jasad.

mula membaca buku ini, muqadimah nye sudah cukup mmbuat hati terasa 'ya Allah sedikitnya ilmuku dan luasnya ilmuMu'.erti sebuah perkahwinan merupakan tajuk pertama buku ini.perkahwinan itu bukan dibina atas kesempurnaan tapi dibina atas rasa tanggungjawab untuk menyempurnakan antara satu sama lain...'you complete me'-->yes,dats da words

muda remaja yang hanyut dibuai cinta di luar sana seharusnya memiliki buku ini supaya cinta bukan sekadar cinta tapi CINTA yang sebenarnya.cinta adalah kekeliruan perasaan yang terbit daripada keinginan untuk diberi perhatian,mahu dikasihi dan mengasihi dan emosi yg kosong namun CINTA adalah satu perasaan yang terbit daripada emosi dan naluri fitrah manusia. CINTA ini lahir dari sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta, tanggungjawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir daripada mematerialisasikan perasaan cinta ini.

perkahwinan bukanlah suatu medan menerima apa yang diberikan oleh suami atau isteri namun perkahwinan merupakan medan untuk memberi kerana erti hidup pada memberi..tujuan berumah tangga yang sebenarnya adalah bagi memberi kasih syg,memberi perhatian,memberi nafkah, memberi kebaikan dan sebagainya.bukan sekadar menghalalkan apa yang haram.jika ini adalah tujuan perkahwinan nescaya kesusahan dan kepayahan melayari bahtera rumahtangga pasti akan wujud kerana cabaran tanggungjawab selepas berkahwin adalah jauh lebih besar daripada sekadar cabaran menolak zina sebelum berkahwin.masyaAllah

saya tidak pernah mengimpikan pasangan yang sempurna kerana kesempurnaan bukanlah jaminan pada kebahagiaan dlm rumahtangga.saya juga tidak sempurna dan terlalu banyak kekuranagan.cukuplah baginya agama yang bukan sekadar TAHU tapi amalan terhadap penghayatan agama yang tinggi lebih utama supaya dia yang tertulis mnjadi insan bergelar SUAMI mampu memimpin saya ke jalan yang diredhai.insyaAllah.

banyak lagi yang ingin dicoretkan namun masa mencemburui.ada murid yang perlu dididik akal dan akhlaknya supaya menjadi insan berguna pada agama,bangsa dan negara.

kesimpulan yang dapat dibuat kali ini...
rumah tangga bukan SAYA dan AWAK, tetapi adalah KITA dan KAMI!
perkahwinan bukan hanya menggabungkan dua hati tetapi menyatukan dua keluarga yang asing pada mulanya...perkahwinan juga sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan...

moga Allah redha..insyaAllah
^^



No comments:

Post a Comment