alhamdulillah dan syukur kpd Allah kerana hari ini diberi ruang dan ksempatan menonton Halaqah di TV9.membuka hati dan minda bagi mencari mknan bg rohani yg acapkali lalai dan alpa dengan pesona dunia.tajuk hari ini BIL AKHIR.
ckupkah persiapan kita bg menerima bil akhir itu??astghafirullah~perbanyakkan istighfar.kadang2 ak sndri lalai dan leka dengan dunia yg smntara.mati semengnya tak pernah berada di belakang,kiri atau kanan tapi mati sntiasa d hadapan.smua manusia hakikatnya berlari menghadapi kematian. usah terlalu bergembira menyambut hari kelahiran kerana sebenarnya ia adalah ingatan kepada kematian.hari lahir sepatutnye diiringi syukur kerana msih lagi bernafas dan berpeluang menebus segala dosa dengan TAUBAT.
Firman Allah Ta’ala :
tiap2 diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesushan dan kesenangan sbg cubaan,dan kepda Kamilah kamu semua akan dkembalikan (Al Anbiya'21:35)
jadi,bagaimana persediaan kita menghadapi mati?usia muda bukan jaminan bahawa mati takkan datang menjemput lagi.tulang empat kerat yg mash berkeringat bukan bererti hidup berdekad dekad lagi diberi tapi syukurlah dengan nikmat setiap hela nafas yang diberi kerana Allah masih membri peluang kepada kita utk berbakti dan bertaubat pdNya.astghfirullah2~moga hati tidak lalai mengingatiNya dan mengingati mati kerana yang paling bijak adalah manusia yg sntiasa mengingati mati.tiada guna andai kebijaksanaan hingga peringkat phD sekalipun andai hanya mengabdi diri pd dunia.
sentiasalah kita ingat bahawa setiap gerak geri dan setiap perkara yang dilakukan meski sekecil zarah dilihat oleh Allah.jujur dan ikhlaslah melaksanakan amanah agar kita beroleh keberkatan dan rahmat drNya.jalankan lah tanggungjawab terbesar sbg hamba Allah dengan jayanya.hidup sememngnya ujian untuk membuat pilihan.manusia dianugerahkan akal supaya dpt membezakan hak dan batil.buatlah pilihan yang tepat kerana kejayaan di dunia menetukan kjyaan di akhirat kelak.ushlah mentafsir kejyaan di dunia sekadar berjaya dlm pelajran atau berjaya mengurus kehidupan tapi sedarlah kejyaan di dunia bergantung kepda kejyaan kita menempuhi segala ujian yang diberikanNya.
kematian bukanlah satu penamat sebuah kehdupan tetapi kematian merupakan permulaan sebuah kehidupan lain yang kekal abadi.berusahalah kita bagi menyediakan bekalan ke sana...berushalah kita bg mndpt tempat di syurga yg kekal abadi...insyaAllah
Tuesday, December 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment