Blogger Widgets

Thursday, April 21, 2011

jangan pernah putus asa

ingatan untuk diri sendiri dan para pembaca...jgn sesekali pernah putus asa dari rahmat Allah.meskipun ada sedikit kecewa berbekas di dada saat ini namun memujuk hati sendiri.pasti ada hikmahnya dan perlu diiringi muhasabah.selalu ingt pesan abah "bersusah dahulu bersenang kemudian"..kaki perlu terus kuat melangkah dalam mencari jalan menuju redhaNya.pentingnya dunia kerana adanya akhirat.perlu berusaha mencari bekalan ke sana.

astaghfirullah~astaghfirullah~astaghfirullah~diri kadang2 terleka dan alpa dgn isi dunia yang sementara.ingtlah wahai diri,dunia hanya sementara akhirat yg kekal di sana.jangan sesekali putus asa atas setiap musibah yang menimpa.sesungguhnya doa senjata orang mukmin.berusaha berdoa dan bertawakal kunci jaya.moga hati ini dipeliharaMu daripada mengingati perkara yang sia-sia.takut terjerumus ke jalan yang tidak diredhaiMu.masyaAllah.ya Allah, jangalah kau palingkan hati-hati kami daripada mengingatiMu.cukuplah Allah dan rasul sebagai pembela.berusaha mencari kunci menemukan sentuhan cinta Ilahi iaitu dengan bertafakur tentang pelbagai hakikat keluasan cinta-Nya itu. Sesungguhnya seluas mana pun rasa cinta dan kasih yang dipersembahkan oleh makhluk kepada al-Khaliq tidak sedikit pun mampu menyaingi setitis kasih Allah terhadap hamba-Nya

Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas (melakukan dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah
(al-Zumar: 53)


Dialah Tuhan Yang telah menurunkan hujan setelah mereka (manusia) berputus asa dan Dia sentiasa menyebarkan rahmat-Nya serta Dialah Tuhan yang mengurniakan pertolongan dan Tuhan Yang Maha Terpuji. (asy-Syura: 28).

Ya Allah, izinkan aku untuk mencintai-Mu melebihi segala yang ada di dunia ini. Izinkan aku mencintai orang yang mencintai-Mu. Izinkan aku mencintai segala perkara yang dapat menjuruskan aku untuk mencintai-Mu…

Wallahu a’lam

-muhasabah-

No comments:

Post a Comment