Blogger Widgets

Friday, February 11, 2011

~mengapa harus cinta~


~gambar sekadar hiasan~


mengungkap persoalan cinta yg sering bermain di minda insan yang bergelar hambaNya memerlukan kesabaran kerana terlalu banyak tafsiran yang dibuat mengenai istilah indah ini.Menghayati penulisan Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah dan Syaidatun Nazirah Abu Zahrin dalam buku PSIKOLOGI CINTA merungkai satu-satu definisi cinta yang acapkali menjadi mainan dalam minda remaja amnya.perlukah cinta dalam hidup manusia?(cinta yg merujuk kpd perhubungan hati antara dua insan berlainan jantina)ini antara persoalan yang dikupas dalam buku ini.saya masih dalam proses membacanya.harap-harap dapat menghabiskannya dalam tempoh terdekat.

menurut coretan dua tokoh unggul ini, cinta diiktiraf sebagai keperluan hidup dan merupakan jalan untuk mengenali dan membesarkan Allah kerana dalam Al-Quran yg mnjdi panduan hidup kita ada menyatakan iaitu dalam surah Al-Zariyat ayat 49:dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah.
Cinta merupakan fitrah kerana manusia dianugerahkan dgn perasaan ingin menyayangi dan disayangi.saya dan kamu juga begitu kerana kita juga adalah manusia biasa yang fitrahnya memang begitu.kefahaman berkenaan rasa cinta yg dianugerahkan Allah dalam hati manusia tidak harus diperkotak katikkan dengan 'misconception' mengenai kepentingannya dalam kehidupan.ramai insan yang nipis imannya tersasar dari landasan yang benar kerana terikut ikut konsep cinta yang dicanang barat.moga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka.nauzubillah.

seperti insan lain saya juga mendamba cinta yang menaik semangat perjuangan dan cinta yang mampu memberi makna hakiki dalam kehidupan.cinta yang mampu mendekatkan cinta saya kpd cintaNya.cinta yang diperlukan insan sebenarnya adalah cinta yang menguatkan bukan melemahkan,cinta yang menyucikan perasaan dan kehormatan,bukan mengotorkan dan merosakkannya.cinta yang sebenar juga akan membawa manusia kepada kesedaran bahawa mereka bertanggungjawab atas segala tindak tanduk yang dilakukan.cinta yang sebenar akan menyebabkan mereka takut kepada perhitungan Allah dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap perlakuan di dunia dilihat Allah dan akan diadiliNya kelak.

apa jua definisi cinta yang dirungkaikan cinta yang terunggul dan terhebat adalah cinta tulen kepada kepada pencipta segala cinta iaitu Allah yang Esa.Cinta yang sejati dan suci lahir daripada orang yang beriman yang mencintai Allah dengan sepenuh hati dan perasaan,sentiasa bersikap lemah lembut dan saling mengasihi sesama manusia.moga dapat bertemu cinta umpama permata tak ternilai ini.i'A.

yang pasti tentang diri ini banyak yang perlu diperbaiki, bnyak yg perlu dipelajari,bnyk yg perlu difahami,byk yg perlu dihayati,kerana byknya khilaf,kerana ilmu di dada yg masih sedikit,kerana besarnya tanggungjawab insan sbg hambaNya...moga tidak leka dan lalai dengan perkara yang sia-sia..moga ada yg selalu mengingati dan mnasihati kerana manusia itu lupa sifatnya...




*meneruskan pembacaan:*PSIKOLOGI CINTA*

No comments:

Post a Comment